Tuduhan hasutan kedua N._Surendran

Pada 28 Ogos 2014, N Surendran didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Ia berhubung sebuah video di YouTube di mana dia didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan tuduhan liwat II terhadap ketua umum PKR itu. Video itu dirakam di Istana Kehakiman, Putrajaya antara jam 2 petang dan 4 petang 8 Ogos 2014.[4]

Pada 8 Ogos 2014, Surendran mempersoalkan tarikh rayuan kes Anwar ditetapkan secara tergesa-gesa iaitu pada 8 dan 9 September 2014 dan mendakwa seolah-olah wujud percubaan untuk memenjarakan .Oleh itu, 32 NGO menggesa agar Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria / Mahkamah Persekutuan menjalankan siasatan kerana kenyataan itu berunsur jenayah dan menghina mahkamah. [5]